skip to main |
skip to sidebar
Empayar Bani Umayyah
Di zaman Kerajaan Islam Umayyah(663-1236M),Islam telah menguasai daerah-daerah Sepanyol,Afrika Utara,Syria,Palestin,Semenanjung Arab,Iraq,Sebahagian Asia kecil,Parsi,dan Asia Tengah antaranya Pakistan,Uzbekistan,Turkmenia dan Kirgistan.
Kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Islam Umayyah tertumpu kepada memperluaskan wilayah,bahasa dan sastera(Arab) serta pembangunan fizikal.Dimasa ini juga telah berkembang dari segi ilmiah dalam bidang keagamaan,sejarah,falsafah dan lain-lain lagi.
Kerajaan Islam Ummayyah terbahagi kepada kepada 2
- Kerajaan Islam Umayyah 1 (663-752M) yang berpusat di Damsyik,Syria
- Kerajaan Islam Umayyah 2 (711-1236M)yang berpusat di Cordova,Sepanyol
Kejatuhan Kerajaan Islam Umayyah yang berpusat di Cordova,Sepanyol mendapat tentangan hebat daripada pasukan Salib dan perpecahan umat Islam di Sepanyol meningkat dan Kerajaan Kristian bersatu pada 1230M.Kerajaan Kristian dapat menguasai Toledo(ibukota pertama Kerajaan Islam Umayyah di Andalusia).Kemudian kejatuhan Cordova ditangan Nasrani pada 1236M.Pada tahun 1609,Philip 3 mengeluarkan undang-undang yang berisi pengusiran semua umat Islam dari Sepanyol secara paksa.Dengan demikian secara rasminya,Islam pupus secara paksa dari bumi Andalusia yang berdiri teguh dari abad 9-11 yang merupakan salah satu pusat kebudayaan dan ilmu,Cordova pun pudar dan menjadi kenangan sehingga hari ini.
No comments:
Post a Comment